07 September 2011

Hang Jebat Penganut Agama Buddha?

1- Pertama-pertamanya, saya memohon maaf kerana tidak mempunyai kesempatan masa untuk mengemaskini blog ini. Ini adalah kerana kesuntukan masa yang saya hadapi serta kerja-kerja duniawi yang bertimbun-timbun. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua pembaca SusorGalor.


 

2- Namun hari ini saya terpanggil untuk menulis setelah membaca satu rencana yang disiarkan oleh Malaysia-today dimana penulis rencana tersebut mendakwa bahawa Hang Jebat merupakan seorang penganut Agama Buddha. Anda boleh membaca rencana tersebut di SINI. Pada mulanya, saya mengharapkan bahawa penulis tersebut dapat memberikan hujah hujah cendekia yang kukuh untuk membuktikan pengataan dan dakwaannya. Paling tidak ianya mampu membuka perdebatan intelektual bersandarkan fakta dan bukti tentang sejarah negara. Namun harapan saya tidak tertunai.

3- Ini adalah kerana dakwaan penulis yang menggunakan nama samaran John Doe (istilah bagi seseorang yang tidak dikenali atau tidak mahu dikenali sama seperti Anonymous), tidaklah melainkan hujah-hujah kosong, dangkal dan tidak bersandarkan bukti-bukti dokumen, artifak atau manuskrip sejarah ataupun paling tidak, hujah berdasarkan rasional dan logik yang boleh diterima. Namun satu pun sandaran-sandaran tersebut tidak digunakan. Yang ada hanya satu.

4- Bukti yang digunakan oleh John Doe hanyalah berikut, bahawa ukiran makam yang mempunyai persamaan dengan monumen-monumen buddha yang terletak di Lopburi, Thailand dan tidak ada satu pun makam-makam lain yang terdapat di Malaysia yang mempunyai struktur yang sama dengan Makam Hang Jebat tersebut. Berdasarkan hujah tersebut, John Doe membuat kesimpulan bahawa Hang Jebat merupakan seorang penganut agama Buddha.

5- Saya tidak berminat untuk mempertahankan apa-apa. Jika dapat dibuktikan bahawa Hang Jebat merupakan seorang penganut agama Buddha melalui sandaran-sandaran bukti yang kukuh, maka saya akan terima dengan hati yang terbuka. Namun sekiranya menyiarkan rencana berbentuk sejarah semata-mata untuk membuat provokasi dengan bersandarkan fakta-fakta bodoh, jengkel, berbaur politikal serta perkauman, maka kesimpulan yang saya boleh buat adalah ianya merupakan rencana yang bodoh dan membuang masa.

6- Apatah lagi apabila ianya dikaitkan dengan propaganda UMNO atau mana-mana parti politik. Ianya menyedihkan dan dalam pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan sipenulis tentang sejarah MELAYU. Bukan sekadar itu, ia juga menunjukkan kebodohan penulis serta laman yang menyiarkannya itu tentang definisi bangsa itu sendiri. Namun tidak hairan lah ia mendapat tempat dikalangan para-para melayu yang kononnya liberal dan berfikiran terbuka dan bangsa-bangsa lain yang kebanyakan rasis anti melayu. Meminjam kata-kata tokoh pujaan mereka sendiri, Raja Petra Kamaruddin, mereka mereka ini digelar "Closet Racists". Saya lebih suka menggunakan perkataan Rasis Anti Melayu sahaja.

7- Pertama sekali tentang dakwaan bahawa Makam tersebut mempunyai senibina extravagant (berlebihan) yang kononnya didakwa adalah sama seperti kebiasaan yang digunakan oleh penganut-penganut buddha di Thailand. Gambar-gambar yang disertakan hanyalah dinding dinding luar sedangkan gambar belindan kuburnya tidak disiarkan. Gambar belindannya tidak disiarkan kerana sekiranya ditunjukkan, maka secara automatik hujah John Doe akan terbatal. Belindan di Makam Hang Jebat tiada bezanya dengan belindan orang-orang kenamaan diera klasik. Penambahan dinding, pagar serta hiasan-hiasan tersebut hanyalah dibuat kemudian.

8- Mungkin sekiranya John Doe melawat Singapura lalu melawat makam Habib Noh, mungkin beliau akan menyangka dan mendakwa makam tersebut adalah makam Maharaja Hindu dari Sri Langka barangkali. Mungkin Makam Mahsuri dianggap dan didakwa Makam Maharaja Cina dari Hong Kong! Betapa ceteknya pemikiran dan betapa dungunya ketaksuban bangsa si John Doe ini.

9- Timbul juga isu tentang agama lama orang-orang melayu ini yang kononnya Hindu dan Buddha. Sejarah sememangnya telah membuktikan bahawa Hindu dan Buddha pernah bertapak di Malaysia. Malah sejarah telah membuktikan bahawa Nusantara merupakan pusat pengajian agama buddha yang paling termasyhur di seluruh dunia. I-Tsing/Yijing sememangnya tokoh agamawan Buddha yang terkemuka didalam sejarah. Kemana beliau mengembara untuk mendalami agamanya? Ke China? Ke India? Tidak. Kerana tempat-tempat ini tidak mempunyai fasiliti pendidikan yang baik untuk beliau belajar mengenai agamanya. Ya, China dan India tidak memberikan kepuasan ilmiah kepada pendita muda ini. Kemana beliau mengembara? Srivijaya. Dimana Srivijaya? Anda semua tahu jawapannya.

10- Berbalik kepada persoalan agama lama tadi. Sekiranya orang-orang melayu klasik menganut ajaran Hindu atau Buddha atau Animisme sekalipun, adakah itu bermakna bangsa mereka bukan lagi melayu? Adakah sekiranya melayu klasik menganut ajaran Hindu adakah itu membuatkan mereka kini adalah bangsa India? Adakah sekiranya mereka menganut agama Buddha bangsa mereka automatik menjadi bangsa Cina? Tidak. Mereka tetap melayu. Tidak tahu kah orang-orang berotak lembab ini bahawa bangsa dan agama adalah 2 perkara yang berbeza? Bukan semua orang arab beragama Islam.

11- Sebagai kesimpulan, rencana-rencana picisan seperti yang disiarkan oleh laman-laman picisan seperti Malaysiantoday itu tidak lain melainkan percubaan-percubaan dangkal untuk mencetuskan provokasi diatas ketidakpuasan hati bangsa-bangsa tertentu terhadap bangsa Melayu. Ianya tidak mampu membuktikan apa-apa melainkan menonjolkan kebodohan dan kerakusan bangsa mereka sendiri. Was Hang Jebat a Buddhist? Unless proven that he was via real evidence, real arguments supported with ancient scriptures, and manuscripts to prove the same, I have to maintain that he was not.

4 comments:

  1. banyak lagi orang berfikiran dangkal, sesat lagi mahu menyesatkan orang lain pulak. dan tak habis2 nak berbau politik.

    ini lah masalahnya bila tiada pihak berwajib or bertanggungjawab yg tampil dengan fakta sahih, compile everything and tampal terang2 sejarah tanah melayu/malaysia, so takde lagi peluang orang yg dangkal lagi menyesatkan ni nak meracun sejarah kita..

    come on la, sejarah kita bukan bermula dari sebelum merdeka, tapi beratus2 tahun dahulu. cuba la belek2 baca psl srivijaya ke, ligor ke, ni balik2 bahas psl melaka. aduss... eh, malaysia takde jabatan sejarah ke? ke sengaja dibiarkan racun meracun ni berlaku - demi kebaikan politik - again? haih marah btol aku..

    ReplyDelete
  2. tahniah tuan,ada sumber yang mangatakan han tuah bersaudara itu berbangsa cina.

    ReplyDelete
  3. Sekalipun jika orang Melayu pernah beragama Hindu, saya yakin orang Melayu mematuhi kitab Veda. Orang Melayu tidak mengikuti Kitab-kitab lain seperti kitab Mahabharata, kitab Sutra, kitab Ramayana, kitab Dharmasastra.

    Kitab Veda dalam bahasa Sanskrit. Isi kitab Veda mengajar bahawa tuhan hanya satu dan tidak boleh dibuat patung/gambar.(boleh rujuk penerangan oleh pakar kitab Dr Zakir Naik).

    Alasan saya mengatakan demikian:-
    1. Dalam dunia Melayu Semenanjung kita tidak jumpa patung dewa buatan sendiri.
    2. Patung dewa yang dijumpai jika ada pun tidaklah bersifat tempatan dan menunjukkan ia diimport dari luar.
    3. Melayu semenanjung juga tidak kenal dengan dewa-dewa Siva, Ganesha dan lain-lain ribuan dewa sebagaimana yang disembah oleh penganut Hindu di negara lain.
    4. Dalam bahasa Melayu perkataan "sembahyang" dan "menyembah tuhan yang esa" adalah perkataan seerti maksudnya.
    5. Kitab Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) mengatakan Raja Iskandar Zulkranain yang menjadi moyang raja-raja Melayu itu menganut agama nabi Ibrahim.

    Akhirnya orang Melayu mudah menerima Islam kerana Islam mengajar tauhid, menyembah tuhan yang esa yang sesuai dengan keyakinan yang dipegang sejak zaman-berzaman.

    ReplyDelete